Salam... semua org penah demam kan.. tamabh2 kalau ibu bpa yg menghdpi anak2 yg demm dan tak kebah2.. risau dibuatnya.. di sini, de beberapa petua tradisional untuk redakan demam... Bahan2 smulajadi yg mudah didapati tamabh2 kalau dok kat kampung... Antara bahan2 biasa digunakan, asam jawa, lidah buaya, daun bunga raya, daun naga buana, daun durian belanda, buah kembang semangkuk...
Petua 1: Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Selepas itu sapukan air tersebut pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa itu kering di kepala. Anda akan dapati demam anda atau anak anda akan mulai reda. Buat berulang-ulang kali hingga sembuh.
Petua 2: Boleh juga, ramas asam jawa dengan air dan gosok ke seluruh badan termasuk kepala, hingga mengeluarkan asap... biasanya lakukan sebelum matahari terbit... gosok satu badan dengan asam jawa.. petua mak saya, jika rasa gatal dan merenyam tu, kira mmg pnas tu nak keluar la tu..
Petua 3: Ambil 3 helai daun sirih dan ramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan. Jaramkan ramuan ini pada kepala. Lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.
Petua 4: Ramaskan 5 helai daun bunga raya, 2 helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu hingga keluar lendir dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut.
Petua 5: Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak 3 kali dan kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.
Petua 6: Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
Petua 7: Ambil lidah buaya (aloe vera) dicampur dengan daun setawar berserta gula batu sebesar ibu jari. Semua bahan tersebut ditumbuk hingga benar-benar hancur dan lumurkan pada kepala anak, bahagian tengkuk, bawah ketiak, celah kangkang, belakang badan dan tapak kaki.
Petua 8:
a. Ambil segengam beras pulut dan digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas.
b. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Bolehlah beri bayi anda minum air tersebut.
c. Lebihan beras tersebut boleh dibuat mandi dengan mencampurkannya ke dalam air panas. Panas badan bayi anda pasti akan berkurangan.
Petua 9: Ramas daun durian belanda dalam air sehingga keluar lendir. Sapukan air durian belanda pada seluruh badan.
Petua 10: Ambil pegaga termasuk akarnya. Basuh dengan direndam dalam air garam untuk membunuh sebarang bacteria. Selepas itu kisar dan minumlah jusnya. Jika ingin rasa manis, tambahkan gula batu. Boleh diminum sejuk atau panas.
Petua 11: Ambil buah kembang semangkuk dan halwa kundur dan rendam lebih kurang 1/2 jam hingga 1jam di dalam air mineral/air putih. Airnya diminum untuk meredakan panas badan.
Petua 12: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk hingga halus. Kemudian tapis airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya.
Petua 13: Ambil 7 helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan 3 ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan 2 kali sehari. Cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
Daun Naga Buana |
Petua 14: Ambil daun naga buana, ramas dalam sebaldi air dan mandi sebagai bilasan terakhir...
Daun smak: biasa di Kedah, org makan dengan laksa, tapi salah satu herba yang boleh dijadikan ubat meredakan demam.. |
Petua 15: Daun samak: Ramas daun samak dalam sebaldi air, dan mandikan dengan air daun samak sebagai bilasan terakhir ketika mandi pagi dan petang...
Koleksi petua ni, memang petua turun temurun yg pernah dilakukan mak saya, selain bacaan saya di internt dan FB...
dlm banyak2 petua tuh yg ramas asam jawa ngn air tu yg selalu akak bt kt aiyan, nk cari yg lain2 tuh kalu duk kg senang lah... duk kt sini lg2 umah tingkat2 mmg payah la...
BalasPadamDaun naga buana tu kakak dulu main buah dia bawah daun yg merah-merah tu kan. Susah nak jumpa sekarang nie.
BalasPadamAsam jawa kakak rasa ramai yg guna pakai petua ini.
TQ dik ..
BalasPadaminsyaallahh leh amalkan mana yg dirasakan sesuai ;)
sy selalu buat yg air asam tu.. yang sirih tu, ena selalu guna masa hidung ena berdarah... baru tahu semua ni boleh meredakan demam.. tengs kak
BalasPadam@norhidana miswantu la.. asam jawa kan seng nak dapt.. yg lain2 tu dok kg mmg mudah la kn..
BalasPadam@Kakzakie kt kg de la.. kg sy byk daun ni.. kt bdr dok guna asam jawa je.. daun bga raya pun ssh..
BalasPadam@iedawelcome kak.. nak buat semua pun blh.. kita hnya usaha kan.. selebihnya Allah yg berkuasa mnymbuhkan.. :)
BalasPadam@✿A I N A A✿hidung berdarah sbb pns dlm.. so, fungsinya sama juga utk redakan pns bdan.. :)
BalasPadampenah guna air asam jawa untuk hilangkan panas sebab demam
BalasPadam