Biasa kita dengar... Redha je lah...
Redha iaitulah berserah dan terima dengan segala ketentuan Allah...
Ada dua keadaan sifat redha, iaitu pertamanya redha dengan ketentuan Allah setelah kita berusaha dan berdoa... Maka ketentuan Allah itu, tawakal itu maknanya kita redha apa yang Allah beri.
Keadaan kedua, terima dengan apa jua ketentuan Allah yang bukan dalam perancangan kita seperti ujian kematian, kesakitan dan segala musibah yang menimpa kita.
Redha dalam keadaan pertama, disertakan dengan usaha dan doa sebelum berserah. Dalam keadaan ini, Islam melarang umatnya berserah sesuatu tanpa usaha dahulu. Ibarat kata, kita hendakkan rezeki tapi kita tak usaha dan berdoa untuk dapatkan rezeki walaupun hakikatnya Allah yang kurniakan rezeki.
Redha yang kedua, terima ketentuan Allah yang bukan dalam perancangan kita. Umpamanya, kehilangan orang yang disayangi, mendapat sakit yang memudharatkan. Berita sebegini bukan kita yang pinta tapi memang ditentukan Allah.
Redha yang kedua inilah kita perlu latih diri sejak sekarang. Redha perlu dilatih supaya pabila kita diuji, kita tak mudah terjatuh. Bagaimana melatih diri dengan sifat redha?
Pertama sekali, perlu sentiasa ingatkan bahawa apa yang kita ada sekarang adalah PINJAMAN sementara sahaja dari Allah... BUKAN HAK MUTLAK kita! Harta, wang, suami,isteri, anak, ilmu segalanya milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik bila Dia berkehendak.
Pabila ditimpa musibah, selalu ingatkan diri bahawa ujian Allah ada untuk meningkatkan darjat kita sebagai hamba-Nya. Bersyukur bila diuji. Seperti yang tercatat dalam al-Quran. Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 2:
Kita tak tahu iman kita tanpa diuji... Jadi ujian itu sebagai tahap untuk lihat keimanan kita. Semakin taat seorang hamba, makin tinggi ujiannya.
Ujian Allah mengikut kesanggupan dan keupayaan hamba-Nya. Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu kekuatan kita, kerana itu ujian setiap orang berbeza-beza, Allah tak kan uji jika Dia tahu kita tak mampu. Sebagaimana tercatat dalam al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 286:
Jadi, usah persoalkan kenapa Allah uji kita. Tetapi mohonlah Allah berikan kekuatan kepada kita... Amalkanlah zikir:
لا حول ولا قوة إلا بالله علي العظم
Insya Allah, kita akan jadi kuat untuk hadapi segala musibah Allah.
Teringat kisah Ustaz Mahadhir dalam HALAQAH TV9, kisah beliau kudung kakinya, kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu pulang beraya di kampungnya. Kakinya terpaksa dipotong kerana tulang belulangnya hancur digilis sebuah kereta selepas beliau terjatuh dari motosikal.
Tapi, tabah, sabar dan redhanya beliau kerana dengan satu kaki, beliau masih berdakwah, masih mampu solat berdiri dan masih mampu menjadi imam. Bahkan beliau sangat tabah dan redha selepas ditimpa kemalangan.
Nota: Penulisan ini sebagai peringatan diri sendiri, supaya tidak leka dengan nikmat kurniaan Allah.... Supaya Allah tak timpa musibah atas kelekaan dan nikmat yang Dia telah berikan...
semoga diri ini terus tabah menghadapi walau apa ujian sekalipun..
BalasPadamperkongsian y bagus.setengah org hanya bercakap tetapi tidak mendalami erti sebenar redha..sabar..tabah..
Sama2 saling mengingati.. utk sama2 redha dengan setiap ketentuan Allah! :)
BalasPadamtima kasih di atas perkongsina ini..
BalasPadamterima kasih krn berkongsi
BalasPadamSatu perkongsian yang baik mengenai keredhaan..
BalasPadamterima kasih berkongsi dan menasihat...redha itu perlu dalam segala perkara...
BalasPadamSubhanallah... redha itu membentuk jiwa agar sntiasa memandang kebaikan...
BalasPadamSalam Maria >>thanks atas peringatan ini .
BalasPadamSemoga apa yang berlaku kita redha.
BalasPadamjom kita beramal..bersma2..
BalasPadamsemoga kita tetap redha dgn setiap yg blaku
BalasPadam