Tips Berpuasa bagi Ibu Mengandung

Maria Firdz
10
Berpuasa ketika mengandung memang mencabar. Sebab tu dalam hukum feqah wanita mengandung termasuk dalam golongan yang harus berbuka puasa. Namun, begitu keharusan ini, bukanlah maknanya wanita tu sesaja boleh tinggalkan puasa...ibu mengandung perlu usaha untuk berpuasa, jika tak mampu atau disahkan doktor ibu tersebut tidak boleh berpuasa barulah diharuskan berpuasa, tetapi wajib diganti semula selepas Ramadhan. 

Ada beberapa tips dan info untuk wanita mengandung yang berpuasa:
  • Berbuka: Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);susu atau yogurt rendah lemak;sup jernih. 
  • Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera; protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang; karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;dan, banyak sayur-sayuran. 
  • Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalamiketakcernaan. 
  • Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;dan, 
  • buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat. 
  • Bagi yang sukakan kopi atau teh, Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan. 
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. 
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.
  • Bincanglah dengan doktor anda, yang boleh memeriksa kesihatan anda dan bagi apa-apa komplikasi yang mungkin anda terdedah kepada kerana puasa, seperti kencing manis semasa hamil (diabetis gestasi) dan anemia. Anda mungkin perlu diperiksa dengan lebih kerap untuk memantau tahap gula dalam darah anda. Puasa tidak selamat jika anda mempunyai kencing manis dan hamil.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan, samada mengurangkan waktu kerja anda atau memberikan anda lebih masa untuk rehat semasa waktu bekerja.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.
Hubungi doktor anda secepat mungkin jika:
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan, yang boleh menyebabkan anda lebih terdedah kepada jangkitan saluran kencing atau jangkitan lain.
  • Anda pening kepala atau rasa sakit, atau demam.
  • Anda loya atau mula muntah.

Juga hubungi doktor dengan serta-merta jika:
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda seperti jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Anda rasa pening, pitam, lemah, keliru atau letih, walaupun anda telah berehat yang baik. 
  • Buka puasa dengan segera dan minum air yang mengandungi garam dan gula, atau satu jenis ubat rehidrasi oral seperti Dioralyte, dan hubungi doktor.

Tips berpuasa:

  • Sentiasa bertenang dan elakkan stres.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil. 
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat. 
  • Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.


Tips pemakanan ibu hamil semasa berpuasa:
  • makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur. 
  • Makan makanan ringan yang sihat sebelum tidur, dan jika anda perlu, gunakan jam penggera anda jika anda perlu, supaya anda tidak terlepas sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan. Karbohidrat kompleks, seperti yang didapati daripada bijirin penuh mil dan benih, dan makanan tinggi serat, seperti dal, sayur-sayuran dan buah-buahan kering, akan memberikan tenaga. Ini juga akan membantu untuk mengelakkan sembelit.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Elakkan juga makanan yang tinggi lemak dan terlalu diproses. Buat pilihan yang lebih sihat seperti kentang atau kacang kuda.Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Ini akan membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Cuba minum kira-kira 1.5  hingga 2 liter air atau minuman lain dari masa berbuka puasa hingga sahur dan 
  • Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein menyebabkan badan anda kehilangan lebih air semasa kencing, dan anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas.

Sumber rujukan: Baby Center

Kesimpulannya:
Wanita mengandung boleh berpuasa dengan sihat dan kekal bertenaga... Amalkan pemakanan seimbang dan banyakkan minum air kosong. Ambil pil atau vitamin tambahan... Amalkan makan kurma atau madu semasa bersahur... Insha Allah, pasti boleh berpuasa dengan selamat. Pengalaman berpuasa ketika hamil sangat indah... Alhamdulillah, aku mampu berpuasa dengan sihat dan bertenaga. Ada orang kata baby kecik kalau berpuasa,tak betul mitos tu sebab nya ia bergnatung kepada genetik dan cara kita amalkan diet ketika berpuasa... 

Catat Ulasan

10Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !