♥ ◦ "APLIKASI CINTA RASUL KEPADA WANITA" ◦ ♥ ◦
☀ Bismillaahirrahmaanirrahiim ☀
Jika anda lihat perjalanan hidup Rasulullah, anda akan mendapatkan pengetahuan, bagaimana Rasulullah mendudukkan status wanita. Anda akan tahu hakikat cinta dalam sebuah bangunan rumah tangga.
Rasulullah s.a.w meletakkan isteri sebagai orang yang sgt dihormati, diberikan kebebasan dan kepercayaan mengatur urusan rumah, tentu diberikan kasih sayang yang tinggi. Beliau sangat perhatian pada isterinya, beliau memberikan kepedulian yang tinggi, beliau mencegah agar isteri tidak menitiskan air mata (tidak membuat sedih), Beliau menjaga perasaannya, mendudukkannya sebagai pendamping, beliau mendengar dan menyimak pengaduannya, menghilangkan kesedihannya, dan tidak meremehkannya.
Beberapa perkara dibawah ini adalah contoh apa yang dilakukan oleh Rasulullah bersama Isterinya. Dan bagi lelaki yang mengaku jlni sunnah Rasulullah, teladan jika benar mencintai Rasulullah. ^ _ ^
1. MAKAN DAN MINUM BERSAMA ISTERI DALAM SATU WADAH.
Aisyah berkisah: "Aku minum air dari sebuah gelas, kemudian Rasulullah mengambil gelas itu dan meminumnya juga. Dibekas bibir saya itulah Rasulullah menghirup minuman. Aku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekaa bibir saya" (HR.Muslim).
Inilah contoh bagi suami dan isteri sepadu dan sepadan, hidup bersama dlm suka dan duka, makan nasi sepiring berdua, minum air segelas berdua.
Hadis ini juga memberi Hikmah bahawa semestinya diantara suami dan isteri tidak boleh ada yang merasa jijik dgn bekas bibirnya.
2. BERSANDAR KEPADA ISTERI.
Aisyah berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w menyandarkan atau meletakkan kepalanya diatas riba, padahal aku sedang datang bulan" (HR.Muslim).
Kemesraan suami dan isteri boleh dibina dgn saling menyandarkan kepala kepada pasangannya. Jika sedang dlm perjalanan, boleh salah satu menyandarkan kepala dibahu atau dipangkuannya. Bila sedang santai dirumah, boleh bergantian saling menyandarkan kepala di dada atau dipangkuan masing masing.
3. BERSUCI ATAU MANDI BERSAMA ISTERI
Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa ketika malam hari Rasulullah berjalan bersamanya, beliau juga bercakap "sambil membersihkan badan" (HR.Bukhari).
Dalam hadis lain Aisyah menceritakan bahawa dirinya dan Rasulullah mandi dlm satu tempat dan bergantian menggunakan gayung. Apa yang dilakukan Aisyah bersama Rasulullah bukanlah perkara pantang bagi suami isteri, malah boleh meningkatkan kasih sayang.
4.MEMBANTU PEKERJAAN RUMAH.
Aisyah ditanya, apa yang dilakukan Rasulullah dalam rumahnya? Aisyah menjawab: Rasulullah selalu melakukan apa yang dilakukan isterinya "(HR.Bukhari).
Cinta kepada isteri bererti memperhatikan dan membantu pekerjaan isteri di rumah. Jangan kerana sudah bekerja diluar, lalu dirumah tidak mau membantu isteri.
5. MEMBERI HADIAH KEPADA SAHABAT ISTERI.
Apabila Rasulullah memotong kambing, Beliau bersabda: "Kirimkan ini kepada sahabat-sahabat Khadijah" (HR.Muslim).
Menyintai isteri bukan bermakna mengekang isteri, lalu tidak boleh berkaitan dgn sahabat "nya.
Suami yang bijaksana justru membrikan sokongan kepada isteri utk menjalin persahabatan. Bahkan sekali kali ada baikny membr hadiah kepada sahabat "isteri, tentu dgn pengetahuan isteri, akan berbahaya bila seorang suami memberikan hadiah kepada sahabat isteri tanpa pengetahuan beliau.
Jika suatu saat isteri tahu, maka dia boleh menuduh atau mengesyaki teman makan teman.
6. MEMUJI-MUJI ISTERI.
Rasulullah bersabda:
"Kelebihan Aisyah dibandingkan dgn wanita-wanita lain seperti kelebihan makanan bubur dgn makanan lain"(HR.Muslim).
Pujian kepada isteri atau kepada kekasih adalah perkara yang sgt penting. Wanita memang haus akan pujian, maka pujilah kelebihannya. Anda boleh mengucapkan kata sanjungan dihadapannya secara langsung, atau memuji isteri dihadapan sahabat "nya.
Misalnya: "ISTERIku luar biasa ... cantik dan lemah lembut".
7. MENGUMUMKAN CINTA KEPADA ISTERI.
Rasulullah dihadapan orang lain menunjukkan cintanya kepada Khadijah, beliau bersabda: "Aku sungguh telah mendapatkan cintanya" (HR.Muslim).
Cinta dan kasih sayang perlu diberitahu kepada wanita yang disayang (tapi jugan keseringan / tiap saat-khwtr jd gombal-dusta), supaya wanita merasa bangga telah mempunyai pasangan.
Seorang suami atau seorang kekasih, hendaklah menyatakan cinta dgn kalimat verbal, agar wanita mendptkan kepastian. Katakan cinta kepada wanita, kerana dia selalu menunggu "kata itu. ^ _ ^
8. MELIHAT KEBAIKAN-KEBAIKAN ISTERI.
Rasulullah bersabda: "Tidak boleh suami membuka keburukan isteri, kalaulah dia tidak suka sesuatu yang ada pada isteri, pasti di sana banyak perkara yang menyenangkan" (HR.Muslim).
Laki laki yang menyintai wanita, sebaiknya melihat sisi sisi baiknya sahaja. Jugan melihat keburukanny, nanti anda akan mengalami kesukaran dlm membina komunikasi dgnnya. Angkat kebaikannya dan kembangkan kebaikannya, kerana itulah yang akan menutup semua kekurangannya. Dgn melihat kebaikannya saja, anda akan semakin bertambah sayang kepadanya.
9. KEMBALI KEPADA ISTERI.
Rasulullah bersabda: "Jika seorang suami melihat wanita lain dan bangkit berahinya, maka hendaklah pulang dan menyalurkannya.kepada isterinya, kerana yang demikian itu boleh menjaga dirinya" (HR.Muslim).
Isteri hendaklah dijd kan pusat perhatian suami. Jika diluar melihat hal "yang mengganggu gairahny, hendaklah ingat dan kembali kepada isteri. Isteri memang tidak ingin suaminy main mata diluar. Maka agar keinginannya itu boleh dipenuhi, hendaklah isteri juga siap setiap saat apabila suami mahu. Jugan kerana isteri tidak siap setiap saat menghadapi keinginan suami, akhirnya suami tidak kembali.
10. MENJAGA RAHSIA ISTERI.
Rasulullah bersabda: "Sejelek-jelek kedudukan manusia di hari kiamat adalah orang melakukan hubungan suami isteri, kemudian memberitahu rahsianya kepada orang lain" (HR.Muslim).
Hanya andalah yang tahu rahsia isteri anda, jugan sampai ada orang lain yang tahu, sekalipun mertua anda. Hanya isterilah yang tahu rahsia suaminya, tidak blh satu orang pun mengetahuinya, sekalipun mertua. Masalah keluarga, sedpt mungkin diselesaikan berdua tanpa melibatkan orang tua. Ceritakan yang baik baik saja, jugan diberitahu sisi buruknya.
11. MENGERTI PERASAAN ISTERI.
Rasulullah bersabda kepada Aisyah: "Sungguh aku tahu jika kamu sedang senang kepadaku dan aku tahu ketika kamu sedang marah kepadaku. Jika kamu sedang senang kepadaku, kamu mengucapkan: Tidak, demi Tuhannya Muhammad. Jika kamu sedang marah kepadaku, kamu mengucapkan:" Tidak, demi Tuhannya Ibrahim " (HR.Muslim).
Hal yang paling berat bagi seorang suami adalah menjuga perasaan isteri. Tapi, sungguh pun berat, tidak ada alasan bagi seorang suami mengabaikan perasaan wanita. Wanita adalah makhluk yang sgt sensitif, mdh tersinggung dan mdh terluka, maka satu "nya senjata adalah bersabar sambil trs memahami perasaan wanita.
12. BERSABAR ATAS DIAMNYA ISTERI.
Seorang isteri juga punya hak utk diam mencegah dirinya tidak melakukan apa apa kepada suami. Suami hrs bersabar jika isteri tidak melakukan sesuatu, atau berdiam sendirian.
Umar bin Al-Khattab berkata: "ISTERIku berteriak dan tidak mau kembali ketika aku panggil. Dia berkata: Apakah kamu mengingkari kalau aku tidak mau kembali kepadamu? Demi Allah, isteri" Nabi juga meninggalkan kepadanya, bahkan ada slh satu yang mendiamkan Nabi sejak siang hingga malam hari "(HR.Bukhari).
13. TIDAK MENYAKITI ISTERI.
Rasulullah tidak pernah menyakiti isterinya, baik secara lahiriah maupun bathiniah. Beliau tidak pernah memukul dan juga tidak pernah berkata "kasar kepada isteri. Rasulullah sgt perhatian kepada isteri.
Suatu saat Shafiyah ketinggalan rombongan kerana untanya berjalan lambat, lalu menangis. Maka Rasulullah datang menghiburnya, membuatnya diam dan tangannya mengusapkan air mata yang meleleh di pipinya "(HR.An-Nasa 'i).
14. MEMBERIKAN SUAPAN KEPADA ISTERI.
Rasulullah bersabda: "Sungguh kamu tidak akan memberikan nafkah, kecuali kamu diberikan pahala atas apa yang kamu nafkahkan, sekalipun satu suap nasi yang kamu suapkan kepada isteri kamu" (HR.Bukhari).
Utk menambah mesranya hub.suami isteri, disaat sedang berdua atau ditengah pesta temannya, suami boleh memberikan suapan makan kepada isterinya, dan isteri juga membr suapan kepada suami. Sesuap yang msk ke dlm mulut pasangan hidup akan mendptkan pahala dari Allah. Membr kan suapan sama artinya memberikan kegembiraan dan membuat senang. "Memasukkan kesenangan adalah sedekah", demikian Sabda Rasulullah.
15. MEMENUHI PERMINTAAN ISTERI.
Sama seperti anda yang perlu makan, pakaian dan lain "nya, ISTERI juga demikian. Maka berikan apa yang menjadi permintaan isteri sebatas kemampuan anda.
Rasulullah bersabda: "Berikan makan jika anda makan, berikan pakaian jika anda berpakaian" (HR.Al-Hakim).
Cinta adalah memberi, bukan menuntut. Selagi anda mampu dan anda sendiri juga sudah menikmati atas kemampuan anda itu, maka anda wajib memenuhi apa yang menjd permintaan isteri sama dgn yang anda nikmati.
Sesungguhnya Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam adalah contoh terbaik untuk para suami melayani isteri. :)
BalasPadamSalam Maria >.Kak Lya singgah sini ..Thanks atas perkongsian ini ya
BalasPadamsaya share dengan suami saya...suke post ni!
BalasPadamLya nak bagi tunjuk kat suami thnks akak prkongsiannya
BalasPadamthnkzs share..
BalasPadambanyak orang lelaki lupa semua tu
BalasPadamapapun thanks,
hurmm perkongsian yang membina nie :)
BalasPadamNabi Muhammad memg cth suami terbaik dan harus diikuti semua kaum suami
BalasPadamSyukran, very useful info
BalasPadami love rasullulah
BalasPadam