Sumber: google images |
Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus.
Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.
“Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.
“Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini tidak lagi timbul isu mengenai kadar baru,” katanya.
Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.
Beliau berkata, kenaikan yang dicadangkan tidak akan membebankan ibu bapa kerana ia hanya membabitkan pertambahan kira-kira RM9 sebulan bagi seorang pelajar.
“Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai lebih tiga anak, pengusaha bas akan berbincang dan sedia bertolak-ansur dengan ibu bapa bagi pengurangan tambang.
“GPBSM menyedari beban yang perlu ditanggung ibu bapa, namun ia tidak boleh dielakkan berikutan pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan harga alat ganti kenderaan kerana kos operasi bulanan pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini meningkat mendadak antara RM700 hingga RM800,” katanya.
Menurutnya, GPBSM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan ahli gabungannya mengenai pelaksanaan kadar tambang bas sekolah yang baru, Disember ini.
Sumber: Harian Metro
Memang dah dijangka segalanya akan naik... Rasa syukur aku dah lepas zaman berulang alik bas dari Johor Bahru ke Kedah empat tahun lalu... Dulu pun harga dah rate 60-70 sehala, sekrang ni zaman minyak naik, mahu sama harga tiket kapal terbang agaknya.
Kesian juga kat ibu bapa... tapi inilah yg terpaksa ditanggung kan.. nak biarkan naik basikal tak selamat pula... Tapi pengusaha bas kata kalau yang ada lebih 3 orang anak, boleh berbincang... maka, harap-harap kenaikan ni, tak bebankan mana-mana pihak... dan pihak bas sekolah pun, kalau dah naik harga tambang, service kenalah naik juga..keselamatan kena jaga...
P/s: Teringat zman naik bas sekolah... aku dan dua sahabat karib aku suka dok berdiri kat pintu bas, sambil sembang dengan Pak LOng bas.. Pak Long suka dengar lagu kumpulan Spider yang tengah meletop zaman tu... hehe... tambang murah je.. RM0.50... Pak Long bas tu masih ingat aku kalau jumpa kat pekan...
Barang semua naik...tak de lagi yang turun setakat ni kan...huhuhhh
BalasPadamseram untuk melangkah tahun 2015..
BalasPadamAkak dlu balik skola naik bas siap ada pas lagi.
BalasPadamApalah pilihan yg kita ada...:( :(
BalasPadamharap dapat mengurangkan beban family yang ada anak ramai tu kan.
BalasPadam