Pelbagai supplement sudah dimakan... supplement sebagai makanan pelengkap dan tambahan... mesti kita cari yang terbaik kan... Supplement pertama aku pernah amalkan ialah minyak kelapa dara... kemudian ada kawan promote herbalife, aku cuba juga..tapi setahun je bertahan...sebab mahal... Kemudian lepas bersalin, aku masih amalkan supplement VCO tu hingga hari ni... cuma kurang istiqamah... kemudian aku juga pernah amalkan shaklee... dan tahun ni, aku amalkan Ephyra hingga hari ni... Namun, setiap supplement ada kelebihan tersendiri...
Sehinggalah aku jumpa yang terbaik dari kalangan yang terbaik, bahkan niat amalkan sunnah untuk beroleh pahala iaitu Habbatus Sauda...
Apa itu Habbatus Sauda'
- Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
- India = Kalounji
- Inggeris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed.
- Italia = Nigella
- Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
- Tamil = Karun Jiragam
- Turki = Corekotu Siyah
- Melayu : Jintan Hitam
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:
- Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
- Antiarthritis, mengubati reumatik.
- Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
- Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
- Antiseptik, mengubati bau mulut.
- Antivirus, mengubati demam dan flu.
- Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
- Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
- Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
- Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
- Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
- Nematocidal, mengubati cacing pita.
- Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).
Hadith Sahih berkenaan Habbatus Sawda’
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut” (Riwayat Imam Bukhari.)
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.]
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
[Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.]
Inilah supplement terbaik... insha Allah... Rasulullah sendiri suruh kita istiqamah dengan Habbatus Sauda'... Pernah amalkan Habbatus Sauda' al-Baraqa... tapi susah nak dapatkan stok... Kini, kami amalkan jenama Minsyam yang pernah dipromote oleh Chef Ammar... Alhamdulillah... dengan izin Allah, dan sunnah Rasulullah s.a.w akan rasa kelainannya jika amalkan secara istiqamah...
Habbatus Sauda supplement terbaik dan makanan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.. Harap dapat istiqamah dengan Habbatus Sauda' ni... insha Allah...
minat nak ambil ini juga..ada dijual di mana ye?
BalasPadamSubhanallah, memang bagus Habbatus Sauda ni
BalasPadamInshaAlllah...elok di amalkan
kak nurul ambik Habbatus Sauda Minsyam....tp x istiqamah,huhuhu...
BalasPadambagus di gunakan.. banyak manfaatnya..terima kasih berkongsi
BalasPadamhabbatus sauda memang bagus dan baik, serta terkenal dengan pelbagai khasiat serta manfaat...
BalasPadamAlhamdulillah kak...semoga dapat istiqamah...kesihatan dapat, pahala pon dapat kan..
BalasPadamSetakat ni saya mmg tak pandang suplimen lain. Mmg jadikan rutin tiap2 hari.. in shaa Allah,mudah2an sihat selalu..
BalasPadamthanks for sharing. Cik Siti pernah try makan supplement..tapi tak sampai sebulan pun, dah tinggalkan begitu saja..huhu...memang org yg tak ada disiplin ni payah sikit....tp maybe next year kot nak menjinakkan diri makan supplement
BalasPadam@Mar Mansor yang ni sy dapat dr kwn sy... boleh cuba tgk kat kios-kios jual mknn kesihatan di pasar-pasar raya...
BalasPadam@mama amir insha Allah...
BalasPadammakanan sunnah rasullullah. harusla diamalkan. CT makan jugak just tak consistent hahahaha
BalasPadamboleh ke ibu hamil mengamalkan habatus sauda??
BalasPadam