بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cuti hujung minggu ni.. diuji dengan demam yang berpanjangan... Mula dari hari Jumaat..dah demam.. on off demam tu hingga melarat ke Ahad... Melihat diri dah tiga hari demam on off, suami nak bawa kan ke hospital... Mula terfikir.. kalau tiga hari demam, mesti doktor syak denggi la ni kan... Pengalaman si kakak dulu yang demam on off, bila pergi check darah, platlet darah rendah kata doktor... jadi kena banyak minum air... Lepastu teringat, dulu ada terbaca... orang yang kena denggi disarankan makan buah kiwi atau sup ketam... teringat kan itu... terus minta suami belikan buah kiwi.. Suami MF cari juga buah kiwi sampai dapat... Alhamdulillah... dapat dia beli.. Terus MF makan... Alhamdulillah.. dengan izin Allah.. mencipta buah kiwi untuk manusia kan... esoknya MF tak demam lagi... Asma pun dah makin kurang... cuma masih bersisa batuk dan sakit kepala je lagi...
Apa Kandungan dan manfaat dari buah kiwi:
- Kiwi mengandungi Vitamin C dan E, serat, karoten, kalium, asid folik dan juga antioksidan.
- Kandungan Vitamin C dari buah kiwi lebih banyak dari pada buah oren.
- Kandungan Glycemic Index yang rendah dalam buah kiwi mengurangkan risiko penyakit kencing manis , jantung serta membantu menjaga berat badan.
- Kandungan serat dalam buah kiwi sangat baik untuk mengatasi masalah sembelit dan melancarkan saluran pencernaan.
- Kiwi juga mengandungi kalium yang sangat diperlukan oleh tubuh.
- Kandungan magnesium dalam kiwi membantu menjaga fungsi saraf dan otot, membantu sistem kekebalan tubuh, menjaga kestabilan denyut jantung dan menguatkan tulang. (Meningkatkan imunisasi badan)
- Kandungan folat sangat baik untuk membantu perkembangan otak baik juga digunakan oleh wanita hamil untuk mencegah kecacatan saraf pada bayi, selain itu folat boleh menghasilkan dan membantu dalam proses pembaikan DNA.
- Kiwi juga mengandungi Lutein yang berperanan sebagai antioksidan untuk membantu mencegah terjadinya kerosakan pada mata yang disebabkan oleh kerana faktor usia.
- Kandungan antioksidan dalam kiwi sangat baik untuk mencegah kerosakan DNA dan juga sel tubuh yang disebabkan oleh radikal bebas, selain itu antioksida juga sangat bermanfaat untuk melambatkan proses penuaan.
Beberapa manfaat buah kiwi bagi kesihatan:
- Untuk kesihatan jantung , dengan mengambil 2-3 buah kiwi setiap hari sangat baik untuk membantu mengekalkan kesihatan jantung , menurunkan kadar lemak dalam darah, membantu mengurangkan terjadinya pembekuan darah.
- Untuk Ibu hamil , buah kiwi mengandungi 0.25mg asam folat sehingga sangat baik untuk ibu hamil kerana boleh membantu mencegah kecacatan saraf pada bayi dan juga perkembangan otak.
- Untuk pesakit kencing manis , kandungan glisemik yang rendah serta kandungan serat yang tinggi dalam buah kiwi sangat baik untuk mencegah peningkatan kadar gula darah sehingga sangat baik untuk pesakit kencing manis.
- Untuk kesihatan kulit , kandungan vitamin C yang tinggi, kalium, vitamin E dan asid lemak essensial sangat bermanfaat untuk membantu kesihatan kulit.
- Untuk mencegah asma , kandungan vitamin C, vitamin B6 dan Vitamin E sangat bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fungsi paru-paru sehingga sangat sesuai untuk mencegah terjadinya gangguan pernafasan.
- Untuk mencegah masalah pencernaan , kandungan actinidin dalam kiwi hijau berperanan untuk memecah protein dan kandungan serat dalam kiwi sangat baik untuk melancarkan saluran pencernaan sehingga sangat baik untuk mencegah sembelit.
- Untuk pesakit anemia , kandungan zat besi dalam buah kiwi sangat baik untuk mengatasi masalah kekurangan sel darah merah atau anemia .
Sumber: Dicampur aduk sumber dari internet
Rupanya, memang bagus amalkan makan buah kiwi... Lepas ni.. nak rajin beli kiwi la... Dulu MF tak makan.. tapi sekali makan, tak de la teruk sangat rasanya... sedap juga kalau dapat yang manis tu kan.... kecil je buahnya... tapi khasiatnya hebat... Itulah kuasa Allah yang Menciptakan kan... Allahu Akbar...
baru tau pasal kiwi untuk ibu hamil..tak pernah lagi makan buah kiwi..tapi kalau jus tu adalah..get well soon ye maria...
BalasPadammmg banyak khasiat buah kiwi nih... cume agak mahal kalu nk beli selalu
BalasPadamKalau Sya demam,makan buah oren je..Dr kecil lg dah mcm tu..besar ni mkn vitamin c je..X pun vco..Alhamdulillah serasi..mmg ok
BalasPadamsuami saya suka buah kiwi..banyak khasiatnya ye..
BalasPadamkena tahan dgn kemasaman buah kiwi ni ... tapi saya mmg suka dgn buah2 masam .
BalasPadamWAHHH YE KE MF.. MMG TENGAH MENCARI ALTERNATIF UTK ANK YG DEMAM NI
BalasPadamnanti nak cuba ;)
BalasPadam