بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Berapa bil elektrik korang setiap bulan???
Bil elektrik MF setakat ni tak cecah seratus lagi la... Mungkin sebab belum pasang air-cond... Tak pasti la kalau dah pasang air-cond nanti.
Bil setiap bulan tak konsisten pun... Sebab amalkan langkah jimat tu pun tak konsisten. Kalau selalu buat, mungkin boleh Jimat banyak.
Bab jimat elektrik ni, MF ingat mak MF paling pakar kot... Sepanjang MF kat rumah dulu la..sebelum kahwin, bil elektrik kat rumah tu tak pernah cecah RM20. Walaupun ada periuk nasi, ada peti sejuk, ada barang elektrik yang lain. Tapi mak MF ni memang betul jimat guna elektrik. Cara yang konsisten dia buat ialah cabut plug yang mana tak guna. Bahkan waktu kilat pun dia gigih cabut.
Tapi cara tu memang berkesan untuk jimat elektrik.
MF tak mampu nak buat macam mak... Buat yang mana teringat je la... Sebab kat rumah MF ni banyak guna elektrik. Cas telefon, tab, laptop setiap hari... TV dan barang elektrik yang lain lagi.
Apa pun cara mudah nak jimat adalah dari kita sendiri... Cara kita guna dan disiplin diri, boleh jimatkan elektrik.
Saya pun gunakan cara tu. Cabut plug bila dah tak guna. Setakat sekarang, bil elektrik rumah saya tak lebih rm30. Duduk berdua je dan tiada aircond :)
BalasPadamYang penting kena cabut plug. Jangan sekadar off suis sahaja kan. :) Alhamdulillah bil lektrik saya pun tak melambung tggi sangat. Bawah RM30. ;)
BalasPadamya allah , bestnyaaa tak cecah seratus ....tq for sharing this entry , kena amalkan nie ...if MF tahu NIA punya bil letrik bulan2 mesti opocot terkejot ...hihihi...salam perkenalan =)
BalasPadam