Kesan Pakai Emas Kepada Kesihatan!

Maria Firdz
4
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kesan Pakai Emas Kepada Kesihatan!  | Siapa tak suka emas.. tambah lagi kalau perempuan kan... lelaki sekarang pun suka emas, untuk buat pelaburan... 

Tapi dalam Islam hanya wanita je dibenarkan pakai emas, lelaki haram pakai emas, sebagaimana dalil dan nas darihadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya". (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad)

Seperti kita tahu, emas adalah satu bentuk sebatian galian semulajadi yang dicipta Allah. Kita juga diciptakan dari sebatian galian iaitu tanah... 

Jadi, jika dikaji dari sudut sains dan kesihatan, pasti emas ada kesan tertentu kepada wanita... dan sudah pasti juga ada sebab kenapa emas dilarang pakai kepada lelaki... 


Kesan Pakai Emas Kepada Kesihatan!


Emas disebut sebanyak tiga belas kali di dalam Al-Quran, kebanyakannya tentang bagaimana ia digunakan sebagai perhiasan di dalam Syurga. 


Walau bagaimanapun menggunakan emas sebagai gelas, sudu garpu dan lain-lain perhiasan selain dari perhiasan diri adalah haram. 

Sebaik-baiknya guna sedikit sahaja emas dibadan untuk mendapatkan khasiat dan kebaikannya. Memakai dan memilik emas dalam jumlah yang keterlaluan akan menimbulkan sifat riak dan sombong.

Telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi bahawa apabila hidung 'Arfaja bin As'ad telah dipotong pada hari peperangan al-Kulab, beliau telah menggunakan kertas untuk menutup ruang yang cedera itu. Namun bahagian itu telah menjadi busuk, lalu Rasulullah SAW telah mengarahkannya untuk menggunakan emas untuk menutupi ruang hidung tersebut. 

Dari hadith ini, jelas bahawa sejak zaman Rasulullah SAW lagi, emas sudah dijadikan bahan perubatan untuk merawat kecederaan pada anggota badan. 

Kini, kajian telah mengesahkan kesesuaian menggunakan emas dalam beberapa prosedur rawatan dan membuktikan kebenaran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW. Emas adalah "biocompatible", iaitu logam ini dapat melepasi sistem imun tubuh manusia. 

Sebenarnya emas, secara semulajadinya terdapat dalam tubuh manusia dalam kuantiti yang amat sedikit, tetapi ini adalah bukti nyata bahawa manusia adalah sememangnya tercipta dari tanah. 

Emas merupakan logam yang tidak reaktif, oleh itu ia mudah digunakan dalam industri biokimia tanpa tindakbalas yang mungkin menghasilkan kimia yang merbahaya, racun atau toksin. Keistimewaan logam ini, ia juga bersifat malleable, iaitu ia dapat dibentukkan menjadi kepingan, serbuk dan dikecilkan sehingga tahap molikul.

Emas untuk rawatan

Jenis-jenis rawatan dalam perubatan kontemporari menggunakan emas dikenali sebagai chrysotherapy dan aurotherapy. Emas digunakan dalam bentuk partikel yang paling halus  dihasilkan dari nanotechnology. 

Hasilnya ialah gold salt yang diambil secara makan atau disuntik. Rawatan ini biasanya digunakan untuk merawat rheumatoid athritis di mana sendi-sendi membengkak dan sakit. Bagaimana pun, hablur emas ini yang dikenali sebagai Auronofin menunjukkan kewujudan toksin dan menyebabkan kesan sampingan.  

Emas juga digunakan di dalam rawatan radiotherapy dan chemotherapy. Partikel halus emas akan bercantum dengan molekul ubat kimoterapi dan membawanya ke bahagian paling dalam ketumbuhan kanser. Dalam radioterapi pula, emas akan memastikan tembakan radiasi disasar pada sel berkanser sahaja dan bukan pada tisu yang sihat.
  
Selain dari itu, emas digunakan dalam stents yang dimasukkan ke dalam saluran darah jantung yang telah menyempit. Emas membolehkan doktor bedah mengesan dengan tepat tempat untuk meletakkan stent tersebut.

Di dalam perubatan alternatif pula terdapat satu kaedah rawatan yang menggunakan monoatomic gold di mana ia dimasukkan ke dalam air dan diminum. Monoatomic gold emas ini tidak bersifat logam. Konsep ini sama seperti rawatan homeopati di mana hanya intipati tenaga diambil sebagai asas nilai perubatan.

Ini adalah berbeza dengan colloidal gold yang juga dimasukkan dalam air untuk diminum, tetapi diperbuat menggunakan logam emas dengan kaedah nanotechnology.

Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyya, seorang pengamal perubatan Islam terkemuka, menyatakan bahawa serbuk emas apabila dicampurkan dengan ubat-ubatan adalah bermenafaat untuk:
  • lemah jantung
  • masalah Parkinson
  • masalah, gangguan dan penyakit yang berkaitan dengan kemurungan dan kesedihan 
  • mencantikkan kulit (sekarang luas digunakan oleh syarikat kosmetik) 
  • rambut gugur (alopecia)
  • menerangkan dan menguatkan mata
  • menguatkan semua organ tubuh
  • menghapuskan nafas berbau
  • menguatkan semangat
  • menguatkan firasat/gerakhati
  • merawat masalah angau kerana cinta 


Sumber: Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

KENAPA LELAKI DILARANG PAKAI EMAS???


Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai.

Dari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita.

Perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. 

Ini bermakna jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas.

Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson.

Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida.

Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Ini menyebabkan lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.

Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan protein terkumpul. Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki.

Penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik. 

Kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen. Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.

Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita.

Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular.

Selain itu, dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh.

Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.

Emas juga beresonans tinggi dan tarikannya kewangan mampu membiaskan sifat riak dan takabur bagi lelaki yang memakainya.

Sumber: Rujukan dari beberapa laman web

Jadi, jelas kan.. pakai emas ada kesan kepada tubuh badan secara tak langsung.. mungkin kita pakai tak rasa kesan dan tindak balasnya... Apa pun pemakaian emas biarlah sederhana... Emas yang disimpan pula diwajibkan zakat...sebab apa??? Mesti ada hikmahnya kenapa Islam buat hukum macam tu kan... Apa pun, jangan keterlaluan pakai emas zaman sekarang, membahayakan nyawa...sebab ancaman jenayah berleluasa zaman kini... Jadi, pakailah tapi berhati-hati dan jangan jadi seperti mami jarum pula.. :)

Catat Ulasan

4Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !