بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Anak dah 3, makin banyak pengalaman berharga MF kutip... Setiap anak lain ragamnya... Ragam mengandung pun dah lain… apatah lagi bila dah lahir…
Masa anak sulung… mudah sangat tidur...tak banyak ragam tapi agak kuat menyusu… Anak kedua, kuat menangis.. sampai sekarang nak masuk 3 tahun dah pun masih tak hilang ragam tangis dia tu… Anak ketiga ni masa mengandung banyak sungguh dugaan sampai rasa serik nak mengandung… tapi Alhamdulillah anak ketiga ni mudah sungguh nak jaga… tak banyak ragam… dan sekarang dah 3 bulan setengah kuat senyum dan kuat isap jari… Alhamdulillah…
Bila sebut bayi baru lahir ni, macam-macam pesan orang tua kan.. masa anak pertama ikutkan aje.. anak kedua ketiga pantang sendiri jadi pandai-pandai sendiri la ye…
Banyak pantang larang orang tua dulu tentang bayi ni… ada yang boleh kita ikut jika ada relevennya, tapi ada juga yang tak..
1. Bayi baru lahir perlu dipakaikan barut agar tidak kembung atau rangka dada tidak terlalu menonjol khususnya bayi perempuan.
Penjelasan: Dinding perut bayi masih lagi lemah ketika usia ini. Oleh yang demikian, pastikan barut dipakai pada bahagian perut sahaja dan bukan terus ke dada kerana khuatir perkembangan organ dalaman anak sukar untuk berkembang dengan cepat.
Jangan diikat terlalu ketat kerana dikhuatiri bayi tidak selesa. Pemakaian barut boleh membantu mengelakkan tali pusat tidak luka akibat geseran. Selain itu barut dapat membantu memanaskan badan bayi baharu lahir yang mudah sejuk.
Jadi, ada kelebihan pakai barut.. jadi tak perlu lama pakaikan barut… kalau baby kita jenis mudah kena kembung perut, elok pakaikan selalu terutama lepas mandi dan waktu sejuk… tapi kalau dia ok je, waktu panas buka je… dia pun tak selesa… bila dia dah meniarap atau merangkak, tak perlu pakaikan sebab nanti dia sendiri tak selesa…
2. Setelah tali pusat tercabut, pusat bayi harus ditindih dengan kepingan syiling atau logam agar pusat tidak menonjol keluar.
Penjelasan: Sebenarnya, kaedah ini tidak perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika pusat bayi memang tidak menonjol. Boleh mengikut panduan ini jika pusat bayi menonjol asalkan logam terbabit bersih dan disteril.
MF tak ikut petua ni… Cuma lepas dah tanggal pusat bersihkan macam biasa. Pengalaman anak ketiga lepas tanggal pusat lebih kurang 2 minggu masih berdarah… tapi nurse kata itu biasa… bersihkan macam biasa je guna spirit yang diberikan tu… Alhamdulillah, lepas 2 minggu takde darahnya… cuak juga la…sebab kedua-dua anak tak de camtu pun.. itulah pembelajaran melalui pengalaman.
3. Bayi baru lahir harus dibedung agar kakinya tidak bengkok atau bersilang.
Penjelasan: Sebenarnya, membedung adalah untuk memberikan keselesaan kepada bayi ketika tidur. Sehingga mencecah usia enam bulan, bayi sering mengalami kejutan refleks.
Jadi, jika dibedung, ketika berlaku kejutan refleks ini, bayi akan kurang merasa terkejut. Namun perlu diingat, bedung biasanya membuat peredaran darah anak terganggu.
Ini membuatkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Akibatnya, anak akan kerap sakit terutama di bahagian dada khususnya di sekitar paru-paru atau rongga pernafasan.
Anak pertama je sampai 6 bulan bedung… tapi anak kedua ketiga dalam sebulan je bedung… lepas tu memang bebas je… masa anak kedua ritu, tak bedung risau gak kot jalan kengkang ke kan… Alhamdulillah.. elok je jalannya. Jadi, takdelah kena mengena pun kes jalan dengan bedung ni.. tapi mak kata ada juga kesan kalau terlebih bedung… besar nanti akan jadi berjalan lambat… hehe.. bukan mitos tapi bedasarkan pengalaman ni..
4. Tidak elok memandikan bayi selepas jam 3 petang.
Penjelasan: Ibu sebenarnya bebas menentukan masa untuk memandikan bayi. Biasanya, pada bulan-bulan pertama, anak boleh dimandikan antara jam 9.30 hingga 10.00 pagi.
Bila usia bayi meningkat, anda boleh memandikan anak antara jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Manakala, pada waktu petangnya pula, bergantung pada suhu ketika itu. Paling penting jangan mandikan anak setelah diberi susu kerana selepas minum biasanya anak akan mengantuk dan mahu tidur.
Bab mandi pagi, memang tak mandi pagi sangat la… tapi mandi petang lepas dua bulan baru mula mandi petang tu pun tengok cuaca… kalau hujan memang tak mandikan Cuma lap je dengan kain lembap.
5. Tangan dan kaki bayi tidak perlu selalu ditutup dengan sarung kaki dan tangan.
Penjelasan: Sebenarnya tiada masalah jika tangan dan kaki anak disarungkan terutama ketika suhu dingin. Pemakaian sarung tangan juga perlu untuk mengelakkan berlaku calar akibat terkena kuku bayi sendiri.
Jika di luar rumah, sebaiknya bayi tidak perlu dipakaikan sarung tangan kerana pemakaian sarung tangan akan membataskan perkembangan deria rasanya.
Bila anak dah mula masukkan tangan ke mulut elok dah buka mitten tu… untuk bagi dia explored anggota badan dia… tapi kena rajin potong kuku la kan… Sarung kaki masih pakaikan hingga dia mula merangkak… tapi kalau keluar rumah wajib pakaikan takut masuk angin… dan ini menyebabkan mudah kembung..
6. Kuku bayi tidak boleh dipotong sebelum usianya 40 hari.
Penjelasan: Larangan ini mungkin disebabkan khuatir akan melukakan kulit jari tangan dan kaki anak. Saiz kuku yang kecil dan nipis memang menyukarkan anda memotong kuku si kecil.
Namun, jika dilakukan secara berhati-hati dan menggunakan peralatan yang khusus, kemalangan mungkin dapat dielakkan. Jadi, sebenarnya memotong kuku bayi tidak perlu menunggu sehingga usianya 40 hari asalkan berhati-hati.
Pantang larang ni tak pernah ikut… 3 hari lepas lahir dah potong dah… dan MF la potong sendiri… suami ngeri nak potong katanya… hehe..
7. Anak tidak boleh didukung dengan kaki dikangkangkan kerana khuatir akan terkangkang.
Penjelasan: Tidak benar sama sekali. Tidak menjadi hal jika anak didukung dengan cara ini asalkan kepala dan punggungnya diampu agar tidak jatuh ke belakang. Kaki anak kangkang mungkin disebabkan oleh genetik yang diterima daripada ibu atau ayah.
Dukung selit kat pinggang cara dukung yang mudah… itulah gunanya pinggang kan.. kalau suami boleh sangkut kat perut.. hehe…
8. Mandikan Bayi dengan Air Sejuk Untuk Bagi Tulang Mudah Keras
Tak pasti ini petua lama ke baru sebab mak MF selalu suruh mandikan air suam hingga paling kurang 6 bulan.. MF mandikan ikut cuaca, kalau waktu musim sejuk mandikan air suam.. kalau musim panas.. mandikan air paip biasa.. tapi tak mandi lama.. jirus-jirus je..
9. Bayi dibawah usia Sebulan Boleh Diberi Makan agar tidak Lapar
Yang ni biasa la dok dengar kan… Bagi pisang lenyek la… tapi itu dulu kan.. tak sama dengan sekarang… dulu kurang ilmu bab ni..jadi Allah pelihara anak-anak ni… tapi zaman sekarang ilmu dah berkembang jadi kalau dah tahu tapi dok buat juga, anak la jadi mangsa… Perut bayi kecil sangat.. minum susu ibu cukup dah buatkan dia kenyang sebenarnya… tu pun kalau minum lama sikit dah dimuntahkan balik..
10. Hidung ditarik agar mancung
Ini petua mana tak tau la… tapi bab bentuk fizikal ni berkaitan dengan genetic… tapi kalau nak tarik tak salah… tarik-tarik manja kata orang kan… jangan la kuat-kuat. ..tapi memang betul pun.. lama-lama akan mancung… sebab hidung MF sendiri pun boleh mancung selepas ditarik suami hari-hari.. memang beza sungguh tengok hidung sendiri sebelum dan selepas beranak 3. Hehe…
Rujukan: Majalah PaMa
muncung lepas ditarik suami..? kira yg dah besar ni pun boleh guna la teknik ni nk bagi mancung.. hahaha
BalasPadamtapi kena buat dengan sabar ye.. hehe... bertahun gak nak dapat mancung ni...
PadamBanyak sungguh pantang larang...tapi rasanya org dulu ada sebab musabab tapi mgkn xde definasi daripada segi perubatan moden..tahniah kak!
BalasPadamyupp.. yang mana rasa releven akk ikut je...
PadamPart hidung mancung tu tak tahan. Kalau gitu, nak suruh suami tarik hidung kita la hari2. Hehehe.
BalasPadamAda pantang larang memang dah jadi tradisi n kena ikut, kalau tak ikut, kena marah ngan mak pula. :(