بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sejak pindah ke Johor bajet untuk bil air dan elektrik berubah... Berubah banyak... Kalau bil api masih boleh bajet lagi... Tapi bila air tak dapat nak bajet sangat.. sebab katanya tarif bil air meningkat di Johor.. tak tau la kan.. tapi sekarang ni.. kami bayar bil air setiap bulan mesti lebih RM50... Kalau dulu, RM50 tu adalah bajet bil air dan api masa kami dok di KL. jauh beza kan...
Tapi tetap usaha untuk jimatkan air supaya tak dikira membazir dan melambung bil air...
Jadi, ada beberapa tips mudah untuk kita amalkan bagi menjimatkan air..
Tandas
- Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memlih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
- Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
- Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.
- Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air bewarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.
Bilik Mandi
- Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
- Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
- Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
Sinki
- Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas.
- Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.
Taman
- Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
- Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
- Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
- Sentiasa memeriksa dan meugubah suai pemercik mengikut cuaca.
- Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
- Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
- Pastikan ketinggian rumput di taman lebih kurang 6 sm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
- Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap.
- Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.
Dapur
- Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
- Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
- Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk.
- Cuci sayur- sayuran, buah- buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
- Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
Garaj
- Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan pengunaan salur getah.
- Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk membersihkannya.
Cara-Cara Menjimatkan Air
- Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
- Sentisa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
- Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
- Galakkan aktiviti- aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
- Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
- Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, ditaman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.
Sumber: FOMCA
Itu antara langkah mudah nak jimatkan air... Kadang orang tak faham cara menjimatkan air ni... Tu yang dikatakan pengotor dan sebagainya. Selagi boleh jimat kita jimatkanlah kan... Sebab membazir itu amalan syaitan...
assalamualaikum maria...yer mmg betul tu...berjimat itu lebih baik...skg bil air kat johor ni mmg sudah meningkat naik...
BalasPadam** Mama Maszull