5 Punca Hormon Wanita Tak Stabil

Maria Firdz
1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Punca Hormon Wanita Tak Stabil | Setiap manusia Allah ciptakan hormon badan.. dan setiap hormon ni ada la fungsinya yang tersendiri...  Tapi hormon badan kita ni boleh berubah dan jadi tak stabil jika gaya hidup kita berubah juga... Ada 5 punca utama yang menyebabkan hormon tak stabil yang biasa dialami oleh majoriti manusia.


5 Punca Hormon Wanita Tak Stabil

1. Stress

Stress bukan sahaja  buatkan hormon tak stabil tapi menyebabkan pelbagai penyakit fizikal dan mental. Jadi, kena belajar kawal stress untuk kembalikan kestabilan hormon badan.

2. Tak Cukup Tidur

Bila tak cukup tidur mula lah badan rasa lesu dan macam-macam penyakit lain datang. Bila dah jadi mak ni lagilah tak dapat nak tidur dengan cukup.. tidur ala kadar aje.. tengah malam mesti terbangun dan memang akan bangun kan... Jadi, kena rehat waktu siang juga kalau nak stabilkan balik hormon badan. 

3. Gaya pemakanan yang tidak sihat

Waktu makan yang tak teratur dan kurang ambil makanan yang tak berkhasiat. Walau makan supplement Mahal sekalipun tapi pemakanan tak jaga tak kan beri kesan pada badan. Cuma supplement mampu jadi penambah tenaga dan sebagainya. 

4. Banyak ambil minuman berkafein

Nampaknya bagi orang sukakan coklat, kopi dan teh kena seimbangkan dan jangan ambil berlebihan setiap hari... Hmmm.. nampak gayanya MF kena ubah juga yang ni.. ambil bila perlu sahaja.. 

5. Kurang ambil makanan bersumberkan omega-3

Makanan yang kaya omega ni biasanya ada pada ikan... Jadi, kena lebihkan ikan dari ayam.. dan sebenanrnya zaman sekarang ni pun ikan lebih sihat sebab ayam sekarang banyak cucuk-cucuk kecuali ayam organik tapi tak semua tempat ada jual ayam ni kan... 

Jadi, itulah 5 punca utama kenapa hormon wanita berubah dan stabil.. dan dari entry ni MF mula faham kenapa rasa kelainan pada diri sendiri tahun ni. next entry MF akan kongsikan kesan disebalik ketidakseimbangan hormon ini kepada tubuh kita pula... Semoga bermanfaat.

Catat Ulasan

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. Fae suka mkn chocolate.. dan tidur fae jarang enough huhuhu..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !