بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hukum Jual Beli Secara Bidaan/Lelongan di Internet | Bidaan atau lelongan di internet kembali popular sejak dua menjak ni... Antara website yang menawarkan jual beli secara bidaan popular ialah e-Bay, dan terkini Chilindo... MF pernah cuba masuk untuk lihat cara transaksi jual beli dilakukan... Tapi, apakah hukum jual beli secara bidaan atau lelongan ini dalam Islam? Ikuti penjelasan lengkap yang telah dikupas secara umum oleh Dr. Zaharuddin...
Maksud Jual Beli Secara Bidaan / Lelong
Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah", iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.
Cara Jual Beli Secara Bidaan Dilakukan
Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak. Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.
Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ فَبَاعَهُمَا مِنْه
Erti : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda : Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki : Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]
Hukum jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang haram.
Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-
•a- Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan hukum Syariah.
•b- Penganjur atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.
•c- Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar urusan pentadbiran sahaja).
•d- Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.
•e- Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.
•f- Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.
Ulasan lengkap boleh rujuk: klik sini
Sumber: Google Images |
Kesimpulan:
Hukum lelongan jenis bidaan ini harus selagi mana tiada unsur judi atau bayaran untuk membuat bidaan. Seperti e-Bay, laman web Chilindo... Pembeli bebas membuat bidaan mana-mana barang yang dia minat tanpa bayaran... Pembeli hanya perlu bayar harga barangan yang dia telah menang dalam bidaan tersebut mengikut nilai bidaan yang telah dimenangi...
Jadi, bagus juga ada jualan jenis ni... Kita dapat beli barangan dengan harga yang kita mampu bayar... MF saja try semalam... tak sangka boleh menang pula dua jenis barang.. harga dua jenis tu tak sampai RM50 pun termasuk kos pos... Kalau nak beli kat website lain susah nak dapat harga tu... Tapi tu lah... Cara pembayarannya hanya guna kredit atau debit kad... tiada pembankan online... Kalau guna online atau ATM hanya bank OCBC sahaja... Jadi, kedua barang tu masih dalam troli... Nak bayar kena ada kad debit pula... sebenarnya seronok bida je.. sebab nak try, tak sangka menang pula.. hadoiii... hehe...
Info yang bagus...akak tak try lagi yg Chilindo nih..kad debit pun Maybank...mcm nak try tp tgu mood rajin dtg
BalasPadambayar semasa delivary pun boleh..macam istilah dipakai cod..dapat barng dan bayar masa tu jugak..caj tambahan hanyalah rm 4 sahaja..
BalasPadamBahayanya ialah taksub terhadap pembelian sehingga menjadi satu pembaziran. Cuma kita kena beringat semasa membeli, jangan terlalu ikutkan nafsu. Membeli secara bidaan ni bagus, tapi sebab kadang-kadang kita taksub membeli barang-barang murah/ harga yang kita mampu milik kita beli banyak2 ,, takut2 terbeli mengikut kehendak, bukan keperluan. :)
BalasPadamKlu dh bida tapi tak ambik mcm mne
BalasPadam