بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
TIPS AJAR MENGAJI DI RUMAH
Beberapa hari lepas. Saya terserempak dengan kenalan. Dia memujuk saya untuk terima anaknya mengaji dirumah saya secara tetap seperti dulu. Kerana suatu ketika dulu saya mengajar mengaji dirumah selepas balik mengajar dari sekolah sesi petang.
Saya menolak secara baik atas sebab tertentu.
Dia meminta tips bagaimana nak ajar anak mengaji di rumah. Saya pun berkongsi dan bagi semangat untuk dia cuba ajar sendiri dirumah.
Saya taip disini agar dapat berkongsi dengan yang lain. Semoga bermanfaat.
Sumber : Google image |
1) Doa kat Allah supaya dapat mengajar dan mendidik anak sendiri mengaji. Mengajar anak sendiri perlu banyak sabar dan kawal marah dengan baik.
2) Wujudkan suasana mengaji yang consistent. Sekejap pun jadilah. Sebab anak tak boleh fokus lama - lama. Mulakan dengan juz ama ataupun iqro. Ikut kemampuan dan kesesuaian ibu. (selepas subuh atau selepas magrib masa yang sesuai).
Mesti CATAT di buku@quran.
- tanda tempat berhenti membaca.
- tanda ubah@tidak.
- tulis tarikh supaya mudah utk kita lihat. (mak mak selalu lupa sebab banyak fikir)
3) Sentiasa ulang surah surah pendek untuk permulaan anak menghafal. Boleh cuba sebelum tido ataupun di dalam kereta semasa hantar@ambil anak ke sekolah.
4) Fokus satu surah sahaja sehingga dia hafal. Baca dan minta anak ikut sedikit demi sedikit.
5) Kekerapan anak mendengar akan membuatkan dia ingat. InshaAllah dia akan mula sambung ayat dihujung-hujung sebelum dia ingat satu baris ayat lengkap.
6) Betulkan kesalahan ayat berulang kali dan jangan terlalu garang supaya anak tak takut salah dan seronok belajar di rumah.
7) Puji anak dan bagi kata-kata semangat pada anak bila dia menunjukkan peningkatan. INI sangat PENTING!. Nak bagi hadiah pun tak salah.
8) Ibu @bapa kena ISTIQOMAH dan banyak SABAR.
9) Setiap kemampuan anak tidak sama. Jangan membanding beza dengan anak orang @ adikberadik yang lain. Jangan putus asa sekiranya anak lambat ingat. Teruskan ajar.
10) Jangan letakkan masa untuk anak berjaya ingat & hafal. Supaya tidak rasa tertekan mahupun kita menekan anak. InshaAllah kekerapan kita mengajar dan mengulang ayat banyak menentukan kejayaan anak.
11) Didik anak untuk solat berjemaah. Supaya dia nampak seronoknya bila pandai baca surah. Dia akan boleh solat.
12) Doa secara berterusan semoga Allah mudahkan anak kita belajar sama ada dengan kita mahupun di sekolah kerana proses belajar sangat panjang.
13) Guna abm untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Pasang cd dalam kereta @ tunjuk video mengaji yang menarik @tengok yang berkaitan.
IBU yang bekerja di luar rumah mahupun di dalam rumah. Kita ada banyak peluang untuk didik anak sendiri. InshaAllah.
Jom kita rebut peluang untuk dapat pahala dan keseronokan mengajar anak sendiri.
Boleh mulakan dari bayi di rumah secara santai.
Bila ibu jadi USTAZAH di mata anak. Secara tak langsung kita akan belajar dan akan ulangkaji. Kerana secara fitrah guru akan pastikan dia tahu sebelum mengajar.
Kita belajar anak pun belajar. Win - win situation.
Sikit - sikit tapi ISTIQOMAH. Mulakan sekarang.
Kitalah IBU kitalah GURU. InshaAllah.
Jom semangat ajar anak mengaji,
meskipun tak dapat gaji, Inshaallah itulah amal kita nanti, dapat pahala tak henti henti, meskipun kita dah mati.
Semoga berjaya! 😊
#AuraFitrah99
#QuranicHealingMalaysia
#amazingparent
Kredit : telegram channel @pendidik2u
Memang membantu Tips ni.. Tapi satu je mencabar iaitu nak istiqamah... Mencabar tu.. Tambah bila kita ada anak kecil di pelbagai peringkat umur... Allahu... Apa pun... Kita buat dulu tips pertama iaitu doa.. Doa moga dipermudahkan kita untuk mengajar anak kita di rumah...
terima kasih Kak Maria atas perkongsian ni
BalasPadamcabaran tapi insyallah boleh dilaksanakan ^^
BalasPadam