بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Hilangkan Rasa Pedas Cili Pada Tangan Dengan Gel Aloe Vera | Lepas buat sambal atau makan sambal atau makan sambal belacan pasti akan rasa pedas dan Pijar pada tangan tu kan...
Tak senang duduk juga bila pedas tangan tu... Puas la cuba pelbagai petua.. Letak ais la... Basuh biar bersih, main buih.. Ambil masa nak redakan...
Satu hari, sebabkan tak keruan nak hilangkan pedas cili ni... Cubalah ambil gel aloe vera yang dah lama MF beli... Sapu satu tangan... Usaha je kan... Mana tau berkesan...
Gel cam ni MF guna.. Nak upload gambar tak dapat, MF ambil contoh gambar di Google image |
Tak sampai 5 minit, rasa sejuk dan terus tak rasa dah pedas cili pada tangan tadi... Elok gel tu meresap masuk ke kulit dan kering pada tangan... Rasa pijar tu pun hilang... Eh.. Berkesan la.. Cepat sangat tindak balasnya...
Lepas ni tak susah lagi... Dah tau dah solution untuk hilangkan pedas cili pada tangan...
Tak rugi beli... Gel ni banyak jual kat Watson atau guardian... Banyak kegunaan... MF dah tak guna losyen dah... MF jadikan gel aloe vera ni sebagai losyen... Kadang buat gel rambut juga... Harganya pun tak mahal.. Ikut jenama... Sekali beli berbulan tahan... Alah membeli menang memakai...
ccl ada pakai jugak untuk skin ccl . new tips bagi ccl thanks sharing
BalasPadamjemput ke blog ccl http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/09/menang-voucher-rm50-dari-printcious.html
boleh try ni,suka aloe vera ni sbb bagi effect sejuk bila sapu
BalasPadamMama Ada gel ni kat rumah. Bolehlah guna nanti
BalasPadambaru tau kegunaan lain gel alovera ni..
BalasPadamthums up..