بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Berpantang Dengan Set Bersalin Nona Roguy | Alhamdulillah, dah tamat dah sesi berpantang 44 hari dan 60 hari... Meneruskan pantang 100hari dan 6 bulan pula.
Walaupun dah anak empat, tetap meneruskan pantang macam biasa. Badan nak kena tahan lasak jadi kena jaga pantang betul-betul.
Seperti biasa bila bab pantang ni, salah satu yang jadi kewajipan ibu bersalin ialah set berpantang. Masa belum bersalin pasti dah fikir dan berkira-kira nak makan set Bersalin apa kan.. MF pun macam tu juga.
Masa bersalin kan anak pertama MF tak ambil apa-apa set bersalin. Anak kedua pun sama... Cuma bertungku dan mandi herba pokok kayu yang mak pos kan dari kampung. Di samping, MF cuba set Bersalin D'herbs. Lepas habis pantang anak kedua MF amalkan jamu ratu dara. Alhamdulillah serasi dengan jamu tu.
Lepas bersalin anak ketiga pun sama juga... Masih berpantang dengan bertungku dan mandi herba akar kayu dari kampung. Dan teruskan amalkan jamu ratu dara. Kemudian MF stop dan ambil minuman botani Ephyra iaitu Inteemor. Dan tak teruskan selepas 2 botol sebab pregnant pula anak keempat.
Anak keempat ni rasa nak cuba pula set Bersalin. Sebabnya kali ni bersalin setahun seorang kan... Rasa Nak la rawat rahim betul-betul kan. Selepas lihat review dan cadangan kawan-kawan MF berminat nak cuba set Bersalin Nona Roguy.
Selepas tengok pakej dia, banyak juga rasanya tak terhabis ni.. Jadi MF ambil yang basic je.. Iaitu Phytonatal, Akar Herbanika, dan Minyak Herbanika. MF beli pakej ni dari pengedar NR di shopee... Hehe...
Berpantang Dengan Set Bersalin Nona Roguy
Minyak Herbanika Nona Roguy
Lepas bersalin, yang MF cuba dulu ialah minyak herbanika. Sebab memang MF bawa ke hospital minyak ni...Lepas bersalin, masuk wad tu MF dah terus sapu kat area kaki sebelum pakai stokin dan sapu juga kat area perut. Best sangat rupanya minyak ni... Ia beri rasa hangat je... Memang bagus sangat minyak ni. Waktu hujan sementara nak panaskan tungku tu, sapu dulu minyak ni.. Jadi, takde lah nak rasa gigil bentan ke.. Sebab hangat dan wangi bau herba tu menenangkan dan Elak rasa pening. Highly recommended.
Phytonatal Nona Roguy
Yang kedua MF cuba ialah Phytonatal.Yang ni MF ambil lepas anak dah habis demam kuning. Kira dalam 2 minggu lebih juga baru makan yang ni. Permulaan ambil sebiji sebab nak tengok kesan dia... Tengok baby takde kesan apa-apa, MF cuba ambil 2 biji pula.
Rupanya phytonatal ni fungsi dia menguruskan badan dan mengempiskan perut. Memang pelawas yang berkesan.
Lepas makan 2 biji waktu pagi, dalam waktu tengah hari tu membuang dengan jayanya. Lepas tu confirm akan rasa kempis dan ramping je.. 😁
MF ambil sebiji setiap pagi... Jika rasa sebu, dan susah membuang baru ambil 2 biji. Memang bagus sangat untuk ibu lepas bersalin yang ada masalah sembelit. Cuma ini ramuan herba wajib minum air banyak-banyak.
Phytonatal ni tak mengganggu susu ibu bahkan membantu membanyakkan susu ibu lagi. Jadi, jangan risau. Baby pun takde meragam atau panas ke apa walaupun ambil phytonatal ni.
Alhamdulillah, serasi dengan MF. Berbaloi beli.
Akar Herbanika Nona Roguy
Akar herbanika ni rupanya minuman herba ye. Tengok uncang macam uncang mandian herba D'herbs. Sekali minuman rupanya.Jadi, agak ambil masa MF nak cuba minum yang ni. Sekali bertekad cuba minum.
Mudah je, rendam satu uncang dalam 1 mug air panas. Biarkan hingga macam kekuningan air teh hijau tu ataupun hingga air sedikit suam. Pastu minum je.
Akar herbanika ni takde lah berbau herba sangat... Masih boleh ditelan. MF tambahkan 1 sudu madu jadi, sedap sikit rasanya.
Tapi, akar herbanika ni tak serasi dengan badan MF nampaknya, sebab panas. Lepas minum badan MF jadi panas. Malamnya terus demam panas. Haha... Jadi, MF tak minum dah. Ingat nak bagi je la kat sesiapa yang nak minum akar herbanika tu. Apa pun rasanya not bad. Macam minum teh hijau je... Cuma kesannya badan MF yang tak tahan.
OK, itu je lah antara review dan pengalaman MF cuba set Bersalin Nona Roguy. Tiga produk tu je la yang MF review sebab 3 tu je MF beli. Yang lain MF tak cuba sebab MF rasa MF tak guna nanti. Untuk krim barut MF guna Pati Halia je... Lepas tu baru pakai bengkung. MF tak beli sebab dah beli pati halia tu... Insha Allah, ingat nak cuba juga nanti walaupun dah lama bersalin.
Tips:
Nak pilih set bersalin, tengok bajet dan baca setiap produk serta kegunaan produk tu sendiri. Jika produk makan ni tak boleh sangat nak ikut orang sebab penerimaan badan setiap orang tak sama... Jadi, produk luaran juga tengok pada penggunaan. Macam MF tak beli sangat sebab banyak ambil dari kampung je. Macam tungku semua tu tak beli dah sebab guna yang turun temurun dari mak MF je.. Bagi yang takde lagi bagus beli satu set.Semoga bermanfaat.
Mudahlah untuk yang nak berpantang sendiri ni kan. Dah ada set siap-siap
BalasPadamMs ank ptama sy mcm MF gak...guna D'herb n akar kayu dr mak. Rs kali ni nk cuba jgak set NR ni. Kwn2 ckp best set NR
BalasPadam