بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
GANJARAN DI AKHIRAT BUAT MEREKA YANG KEMATIAN ANAK KECIL.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِنِسْوَةٍ مِنَ الأَنْصَارِ " لاَ يَمُوتُ لإِحْدَاكُنَّ ثَلاَثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ فَتَحْتَسِبَهُ إِلاَّ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ ". فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ أَوِ اثْنَيْنِ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ "أَوِ اثْنَيْنِ ".
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada wanita Ansar: Tidaklah mati tiga orang anak kepada salah seorang kalian, lalu si ibu itu menyerahkan hal itu kepada Allah melainkan wanita itu akan masuk syurga. Seorang wanita daripada mereka bertanya: Bagaimana jika dua orang ya Rasulullah? Baginda menjawab: Atau jika dua orang (si ibu tetap mendapat kelebihan itu). [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2632]
Dalam riwayat Sahih al-Bukhari disebutkan bahawa ia merujuk kepada anak yang belum baligh:
يَمُوتُ لَهُ ثَلاَثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ
Matinya tiga orang anak yang belum baligh.... [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Qiil Fi Awlad al-Muslimin, hadis no: 1381].
GANJARAN DI AKHIRAT BUAT MEREKA YANG KEMATIAN ANAK KECIL. |
GANJARAN DI AKHIRAT BUAT MEREKA YANG KEMATIAN ANAK KECIL.
عَنْ أَبِي حَسَّانَ، قَالَ قُلْتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّهُ قَدْ مَاتَ لِيَ ابْنَانِ فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِحَدِيثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا قَالَ قَالَ نَعَمْ " صِغَارُهُمْ دَعَامِيصُ الْجَنَّةِ يَتَلَقَّى أَحَدُهُمْ أَبَاهُ - أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ - فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ - أَوْ قَالَ بِيَدِهِ - كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنِفَةِ ثَوْبِكَ هَذَا فَلاَ يَتَنَاهَى - أَوْ قَالَ فَلاَ يَنْتَهِي - حَتَّى يُدْخِلَهُ اللَّهُ وَأَبَاهُ الْجَنَّةَ
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah radiallahu 'anhu: Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang akan melegakan diri kami di atas kematian dua anak kami?
Abu Hurairah menjawab: Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.
[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2635].
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ أَتَتِ امْرَأَةٌ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم بِصَبِيٍّ لَهَا فَقَالَتْ يَا نَبِيَّ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ لَهُ فَلَقَدْ دَفَنْتُ ثَلاَثَةً قَالَ " دَفَنْتِ ثَلاَثَةً " . قَالَتْ نَعَمْ . قَالَ " لَقَدِ احْتَظَرْتِ بِحِظَارٍ شَدِيدٍ مِنَ النَّارِ " .
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu: Seorang wanita datang menemui Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam sambil membawa bayi lelakinya. Dia berkata:
Wahai Nabi Allah, doakan bayi lelaki ku ini. Sesungguhnya aku telah mengebumikan tiga orang anak aku. Baginda bertanya: Engkau telah mengebumikan tiga orang anak? Beliau menjawab: Ya.
Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah menghadang dengan penghadang yang kuat daripada api neraka.
[Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2636].
عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَبِيهِ: أَنَّ رَجُلًا كَانَ يَأْتِي النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَهُ ابْنٌ لَهُ، فَقَالَ لَهُ: النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " أَتُحِبُّهُ؟ " فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَحَبَّكَ اللهُ كَمَا أُحِبُّهُ، فَفَقَدَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ " مَا فَعَلَ ابْنُ فُلَانٍ؟ " قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، مَاتَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِيهِ: " أَمَا تُحِبُّ أَنْ لَا تَأْتِيَ بَابًا مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ، إِلَّا وَجَدْتَهُ يَنْتَظِرُكَ؟ " فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَلَهُ خَاصَّةً أَمْ لِكُلِّنَا؟ قَالَ: " بَلْ لِكُلِّكُمْ "
Daripada Muawiyah bin Qurrah, daripada ayahnya bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersama dengan seorang anak lelakinya. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bertanya kepada lelaki itu:
Adakah engkau menyayanginya? Lelaki itu menjawab: Ya Rasulullah, aku mencintai Allah sebagaimana aku menyayanginya. Kemudian selepas hari tersebut, baginda tidak melihat lagi anak lelaki itu. Baginda bertanya:
Apa yang sedang dilakukan oleh anak si fulan? Para sahabat menjawab: Ya Rasulullah, dia telah meninggal dunia. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam berkata kepada ayahnya:
Adakah engkau suka jika engkau mendatangi pintu syurga lalu engkau mendapati anak engkau sedang menunggu engkau di sana? Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah itu kes yang khusus atau ia umum untuk anak kami semua? Baginda menjawab: Ia untuk kalian semua.
[Musnad Ahmad, hadis Muawiyah bin Qurrah, no: 15595. Al-Hakim menyatakan hadis ini Sahih al-Isnad dalam Al-Mustadrak, begitu juga shaikh Al-Arnaouth menyatakan isnadnya sahih dalam semakan kepada Musnad Ahmad]
Moga Adam menjadi syafaat untuk kalian, bersabarlah dan moga Allah ganjari pahala. Banyakkanlah membaca lafaz ini:
Inna lillah wa inna ilaihi rajiun. Allahuma'jurni fi musibati, wa akhlif li khairan minha.
Maksudnya: sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah jua kami akan kembali. Ya Allah menjadilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikan aku dengan yang lebih baik [HR Muslim].
Kredit: Dr Rozaimi Ramle via telegram channel
Tak mampu ungkapkan apa-apa... Tapi orang yang kehilangan anak kecil ni insan terpilih...
Moga perkongsian ini sebagai motivasi atas ujian Allah yang menimpa...
Allah tak kan uji sesuatu itu jika kita tak mampu... Allah tahu kemampuan kita...
P/s: MF pun masih diuji dengan anak yang masih kurang sihat sejak seminggu lalu... huhu... sama-sama kita hadapi ujian Allah dengan redha, sabar dan tabah.
AMin.. semoga kedua ibu bapanya diberi kekuatan..
BalasPadamJemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html