Tak Semua Minyak Zaitun Boleh Buat Masak, Jom Kenali Jenis Minyak Zaitun

Maria Firdz
2
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tak Semua Minyak Zaitun Boleh Buat Masak, Jom Kenali Jenis Minyak Zaitun | Minyak zaitun diperbuat daripada buah zaitun yang kaya dengan antioksidan. Terkenal dengan minyak yang baik untuk perbaiki kulit dan anti penuaan.

Minyak zaitun kaya dengan antioksidan dan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan. Ia juga kaya dengan kandungan polifenol yang bermanfaat untuk pesakit jantung dan hipertensi.

Banyak kegunaan minyak zaitun, selain digunakan dalam kosmetik dan juga bahan kecantikan. Minyak zaitun juga orang buat masak.

TAPI AWAS!, tak semua minyak zaitun boleh buat masak walaupun fungsinya sama.

Kita biasanya mengenali jenis minyak zaitun sebagai ‘dressing’ salad sahaja atau dimasukkan dalam hidangan barat seperti pizza dan spageti.

Tapi boleh ke minyak zaitun buat masak seperti menumis atau masak macam minyak sayur atau minyak sawit?

Jom kenali minyak zaitun, supaya tak salah pilih dan tahu kegunaannya.

Tak Semua Minyak Zaitun Boleh Buat Masak, Jom Kenali Jenis Minyak Zaitun


1. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Minyak zaitun jenis ini adalah hasil dari perahan pertama sari buah zaitun. Kandungan polifenolnya sangat tinggi. Selain itu jenis ekstra virgin ini adalah pilihan paling sihat kerana tidak melalui proses pengolahan yang terlalu banyak.

Kegunaan:

  • Sesuai untuk dressing, sos salad, dicelupkan pada roti secara langsung.
  • Boleh dijadikan sebagai suplemen kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan sebagainya. 
  • Rasanya sedikit pahit dan pedas. 
  • Minyak ini boleh juga disapukan kepada kulit untuk mereka yang mengidap ekzema.
  • Tidak sesuai digunakan untuk memasak dengan haba yang tinggi (160 darjah celsius). Jika dimasak dengan haba yang tinggi akan menjejaskan radikal bebas dan bahaya untuk kesihatan.


2.VIRGIN OLIVE OIL

Seperti juga minyak zaitun extra virgin , ia juga tidak melalui proses penyaringan. Bezanya dari yang ekstra adalah ia lebih ringan dan tahap keasidannya lebih tinggi.

Kegunaan:

  • Ia biasanya digunakan untuk dressing salad dan juga menggoreng makanan yang berlemak rendah.
  • Tidak sesuai digunakan untuk memasak dengan haba yang tinggi (199 darjah celsius). Jika dimasak dengan haba yang tinggi akan menjejaskan radikal bebas dan bahaya untuk kesihatan.
  • Sesuai untuk dressing salad dan dicampur dengan makanan yang sudah dimasak.



3. REFINED OLIVE OIL

Ia adalah minyak zaitun jenis virgin yang melalui proses penapisan dan penyaringan.

Kegunaan:

  • Biasanya minyak jenis ini memang dikhususkan untuk memasak makanan. 
  • Rasa dari buah zaitunnya sangat ringan dan tidak terasa. Bagaimanapun proses penyaringan juga mengurangkan kandungan anti oksidan di dalamnya.
  • Disebabkan kandungan anti oksidan yang kurang , daya tahannya lebih lama. Minyak zaitun ‘refine’ (penapisan, penyulingan) ini biasanya juga ditambah dengan vitamin E dan sesuai untuk memasak secara ‘deep fry’ (minyak penuh)


  • BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENUMIS/MENGGORENG/MEMANGGANG tapi suhu kena kawal (237-242 darjah celcius). Jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/merosakkan kualiti/nutrien 


4. PURE OLIVE OIL

Perkataan ‘pure’ dan klasik sering memberi tanggapan ia adalah perahan asli dari buah zaitun. Hakikatnya minyak zaitun yang dilabel perkataan ‘pure’ ini sebenarnya adalah campuran dari refine olive oil dan virgin olive oil. ‘Pure’ di sini maksudnya ia dicampur dengan minyak zaitun juga dan bukan jenis minyak lain

5. LITE @ LIGHT OLIVE OIL

Label ‘light’ merujuk kepada kekuatan rasa dalam minyak dan bukan jumlah kalori di dalamnya. Minyak zaitun jenis light ni sudah melalui tahap penapisan yang lebih banyak untuk menghilangakan warna, aroma dan rasanya

Kegunaan:

  • Minyak ini lebih sesuai untuk memasak kaedah deep fry dan juga memanggang.


6. OLIVE POMACE OIL

Biasanya dijual dengan harga lebih murah dan kualitinya rendah berbanding dengan jenis lain. Ia sebenarnya adalah produk sampingan (by product) daripada buah zaitun yang di estrak kali kedua dan telah melalui proses penapisan. Sebenarnya ia lebih kurang sama dengan kategori seperti minyak jagung, minyak canola dan minyak bijian yang lain.

Ia adalah baki minyak pada buah zaitun 5- 8 % yang masih ada setelah ia diperah sebelum ini dalam penghasilan minyak zaitun. Dari baki minyak itu ia akan melalui proses di mana pelarut kimia dimasukkan dan proses penapisan dilakukan untuk menghasilkan Olive Pomace Oil.

Kegunaan:
  • BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK/MENGGORENG/MEMANGGANG tapi suhu kena kawal (238 darjah celcius). jika suhu terlalu tinggi akan mengurangkan/merosakkan kualiti/vitamin.  


Rumusan:
Setiap minyak ada suhu tersendiri yang mana kualitinya/nutrien akan merosot/berubah/hilang apabila dipanaskan dengan suhu yang melebihi tahap/paras yang di tetapkan.

MENGGORENG (deep fry) menggunakan minyak zaitun TIDAK AKAN membuatkan makanan kita lebih sihat berbanding minyak lain.

Jika nak menggoreng BOLEH, tapi kena guna SUHU RENDAH/KUANTITI SEDIKIT/ MASA SINGKAT (tak boleh terendam lama) dan tentunya ia tidak garing dan tekstur makanan akan berminyak sedikit.

Sama jugak untuk yang menggunakan air fryer, boleh guna minyak zaitun cuma pastikan suhu tidak terlalu tinggi.

Sebenarnya, pada setiap botol jenis minyak zaitun dah ada tulis pun CARA PENGAMBILAN (masakan) YANG SESUAI. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang dan tak ambil masa untuk membaca satu persatu.

Semoga info ini bermanfaat untuk semua. 

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ

  1. yup true. people can misunderstand this on which to use and cannot be use in cooking.

    BalasPadam
  2. Baiklah.Terima kasih perkongsian.Lazimnya kita..sebut sahaja minyak zaitun semua boleh guna untuk memasak..menumis dan sebagainya.Lepas ni perlu lebih meneliti sebelum membeli dan menggunakannya.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !